Pada tanggal 27 June 2009, jam 8.00 malam bertempat di gelanggang sementara kg tg Rambai, satu majlis perasmian penamat silat peringkat pertama dan kedua telah diraikan. Seramai 60 orang pesilat yang terdiri daripada belia kpg Tg Rambai, Tawai, Air Panas, Rbk Belia Khas, Padang Jeri Sira Kulim dan Batu dua telah selamat di tamatkan dalam satu upacara mandi air sintok limau. Majlis ini telah dirancang rapi yang mana ianya melibatkan penglibatan seluruh warga kpg Tanjung Rambai dengan kerjasama Persatuan Belia Kpg Tanjung Rambai,Komuniti Bestari Mukim Gerik,Pejabat Belia & Sukan Daerah Gerik,Pemuda/Puteri Umno Caw Tg Rambai dan Majlis Belia Daerah. Majlis lebih meriah apabila ia telah dirasmikan oleh YB Dato; Shamsul Anuar bin HJ Nasarah ahli parlimen Lenggong,Pegawai Penerangan Daerah Gerik,Pengerusi Majlis Belia Daearah Gerik,Ketua Caw,Pengerusi JKKP dan Seluruh warga penduduk kpg berhampiran. Adalah dianggarkan 400 orang tetamu datang bagi menyaksikan 13 persembahan yang bakal diadakan. Turut bersama memberi sumbangan dan sokongan pada malam itu ialah dengan kehadiran rombongan seramai 20 orang jemputan dari persatuan Silat Gayung, Kuntau Jawa Dan tomoi negeri kedah yang sama sama meraikan majlis pada malam ttersubut.
KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH SAHAJA MAHA PENENTU SEGALANYA
Begitulah ungkapan yang diutarakan oleh yang dipertua Pakjang Ali selaku mahaguru Seni Silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak. Pada malam tersebut telah berlaku satu ketentuan ilahi apabila salah seorang penduduk kpg Tanjung Rambai yang bernama maknik Esah telah kembali kerahmatullah. Persembahan pada malam tersebut dihentikan serta merta oleh YDP Pakjang Ali bagi menghormati kesedihan keluarga Allahyarhamah. Fatihah di sedekahkan dan majlis pada malam tersebut diringkaskan kepada upacara mandi sintok dan limau yang di sempurnakan oleh Guru-gur pada malam tersebut.(Rujukan- Berita Sinar Perak P 18 Skuad Cakna) 03 julai 2009)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan