Sabtu, 4 Julai 2009

PROGRAM JELAJAH SEDI BELA DIRI HULU PERAK DAN NEGERI KEDAH

Satu program antara Persatuan Seni Silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak dengan Persatuan silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi Negeri Kedah akan diadakan pada 2&3 Oktober 2009 bertempat di Kpg Tanjung Rambai Gerik Perak.Program ini telah dirancang oleh kedua persatuan seni bela diri ini dengan kerjasama utama oleh persatuan Belia Kpg Tanjung Rambai, Persatuan Belia Simpang Tiga Sungai Limau Yan Kedah.Selain daripada itu program ini juga akan melibatkan kerjasama penuh daripada:

1. Pejabat Belia & Sukan Daerah Hulu Perak
2. Majlis Belia Daerah Gerik
3. Komuniti Bestari Mukim Gerik
4. Sekrateriat Rakan Muda Daerah Gerik
5. Pejabat Penerangan Daerah Hulu Perak
6. Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Perak
7. Majlis Daerah Gerik
8. JKR Daerah Hulu Perak
9. pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Kenering
10.Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Lenggong
11.Agensi Anti Dadah Daerah Hulu Perak(AADK)

Program ini adalah dalam peringkat perancangan dan insyaallah ianya akan tetap dilaksanakan mengikut perancangan.

Objektif dan matlamat Program

1. Mengerat tali persaudaraan sesama ahli persatuan.
2. Menggalakkan golongan belia menceburi aktiviti seni bela diri.
3. Melahirkan generasi belia yang mempunyai semangat jati diri.
4. memupuk semangat kecintaan kepada negara dengan pertemuan antara dua buah negeri
ini.
5. Membentuk masyarakat yang peka dan prihatin terhadap perjuangan bangsa.
6. Membuka minda dan idea dengan pertembungan dua hala.
7. Melatih golongan belia semangat kerjasama dengan melibatkan beberapi agensi
kerajaan dan pemimpin setempat

Semoga segala hasrat dan cita cita murni kami sebagai anak bangsa yang ingin turut bersama membantu pihak kerajaan merialisasikan hasrat dan cita cita bagi memastikan keamanan, perpaduan, kenikmatan dan kesejahteraan negara bakal di laksanakan bekekalan hingga ke akhir nanti.

Sekian Terima Kasih.

Jumaat, 3 Julai 2009

Aktiviti 2007

AKTIVITI DAN PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG, KUNTAU JAWA DAN TOMOI DAERAH HULU PERAK 2007

Ogos

Bil

Tarikh

Program

Peringkat

Catatan

1

12/08/07

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Parlimen Gerik

Parlimen Gerik

Dirasmikan oleh YAB Dato Seri Idris bin Jusoh MB Negeri Terengganu

2

19/08/07

Majlis Perkahwinan Kpg Tg Rambai

Kpg Tg Rambai

Jemputan

3

26/08/07

Majlis Sambutan Konvoi Merdeka

Kebangsaan

Dirasmikan oleh YAB Dato Seri Zahid bin Zainuddin

4

31/08/07

Majlis Perasmian penamat silat Tadika kpg Kenayat

Sekolah

Dirasmikan oleh YDP Persatuan

September

Bil

Tarikh

Program

Peringkat

Catatan

1

23/09/08

Majlis persembahan tari pengantin

Kpg Batu Hampar

Jemputan

2

24/09/08

Majlis Ayun Bui

Kpg Bongor

Jemputan

3

25/09/08

Majlis Ayun Bui

Kpg Plang

Jemputan

4

30/09/08

Gotong Royong Bersih Kubur Tawai

Kpg Tawai & Tg Rambai

Kerjasama


Khamis, 2 Julai 2009

Majlis Penamat Peringkat Pertam Dan Kedua june 2009

Pada tanggal 27 June 2009, jam 8.00 malam bertempat di gelanggang sementara kg tg Rambai, satu majlis perasmian penamat silat peringkat pertama dan kedua telah diraikan. Seramai 60 orang pesilat yang terdiri daripada belia kpg Tg Rambai, Tawai, Air Panas, Rbk Belia Khas, Padang Jeri Sira Kulim dan Batu dua telah selamat di tamatkan dalam satu upacara mandi air sintok limau. Majlis ini telah dirancang rapi yang mana ianya melibatkan penglibatan seluruh warga kpg Tanjung Rambai dengan kerjasama Persatuan Belia Kpg Tanjung Rambai,Komuniti Bestari Mukim Gerik,Pejabat Belia & Sukan Daerah Gerik,Pemuda/Puteri Umno Caw Tg Rambai dan Majlis Belia Daerah. Majlis lebih meriah apabila ia telah dirasmikan oleh YB Dato; Shamsul Anuar bin HJ Nasarah ahli parlimen Lenggong,Pegawai Penerangan Daerah Gerik,Pengerusi Majlis Belia Daearah Gerik,Ketua Caw,Pengerusi JKKP dan Seluruh warga penduduk kpg berhampiran. Adalah dianggarkan 400 orang tetamu datang bagi menyaksikan 13 persembahan yang bakal diadakan. Turut bersama memberi sumbangan dan sokongan pada malam itu ialah dengan kehadiran rombongan seramai 20 orang jemputan dari persatuan Silat Gayung, Kuntau Jawa Dan tomoi negeri kedah yang sama sama meraikan majlis pada malam ttersubut.


KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH SAHAJA MAHA PENENTU SEGALANYA

Begitulah ungkapan yang diutarakan oleh yang dipertua Pakjang Ali selaku mahaguru Seni Silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak. Pada malam tersebut telah berlaku satu ketentuan ilahi apabila salah seorang penduduk kpg Tanjung Rambai yang bernama maknik Esah telah kembali kerahmatullah. Persembahan pada malam tersebut dihentikan serta merta oleh YDP Pakjang Ali bagi menghormati kesedihan keluarga Allahyarhamah. Fatihah di sedekahkan dan majlis pada malam tersebut diringkaskan kepada upacara mandi sintok dan limau yang di sempurnakan oleh Guru-gur pada malam tersebut.(Rujukan- Berita Sinar Perak P 18 Skuad Cakna) 03 julai 2009)

PENDAFTARAN BARU

Setelah Kesepakatan di ambil dalam mesyuarat dan perundingan 16 Sept 2007, akhirnya pada 26 Mac 2008, persatuan ini telah sah berdaftar di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 ROS dengan sijil pendaftaran bernombor: 0593-08-PRK. Bagi memantapkan lagi proses pentadbiran persatuan, pihak persatuan telah memohon permit kebenaran bertulis kepada pihak keselamatan polis pada 20 Nov 2008.(no ruj:PSSGKJDTHPK/201108/04).Alhamdulilah, pada 11 Dis 2008, pihak persatuan telah menerima kelulusan bertulis dari Balai polis Daerah Gerik no ruj:61/22/5.

LOGO BARU

Dalam ketetapan mesyuarat Agung penubuhan, persatuan telah bersetuju menukar logo persatuan yang baru.



Sejarah penubuhan dan perkembangan Persatuan

Persatuan Seni Silat Gayung, Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak, adalah berasal daripada persatuan Silat Gayung, Kuntau Jawa Dan Tomoi negeri Kedah. Pada awalnya ia diasaskan oleh Allahyarhan Mahaguru Mohd Hussien bin Mohd Salleh yang berasal dari batu 15, Simpang Tiga, Sungai Limau yan Kedah.

Persatuan ini telah diasaskan pada tahun 1958 dan telah didaftarkan di bawah pendaftar pertubuhan(ROS) pada tahun 1968. Setelah kembalinya allahyarham YM mahaguru pada 11 Januari 2001, persatuan ini telah di ambil alih oleh anak beliau yang bernama Yusof bin Mohd.Hussien. Pertubuhan ini masih lagi aktif hingga ke hari ini dan telah banyak kali mengharumkan nama negeri kedah dalam pelbagai pertandingan yang disertai mereka.

PERKEMBANGAN DI HULU PERAK

Pada tahun 1974, salah seorang murid tua allahyarham Hussien Janggut yang bernama Ali bin Noh telah berhijrah ke Kpg Tg Sejarah, Tanjung Rambai Gerik Perak. Penghijrahan beliau adalah atas tuntutan kehidupan pada masa itu. Setelah beliau bermastautin tetap di Kpg Tanjung Rambai, beliau mula membuka gelanggang pertama di Kpg itu. Seterusnya beliau telah membuka lagi gelanggang di kampung yang berhampiran seperti Tawai, Kenayat, Tg Kasau,Pdg Kunyit, Bukit Merican, Pulau Belayar, Kpg Padang,Kpg Pahat, Kpg Pahit dan Kpg Jaguh. Di samping itu juga acap kali bersama murid murid mengadakan beberapa persembahan dan pertunjukan di majlis majlis dan keraian.

Sehingga kini hampir sepuluh ribu orang anak murid yang telah tamat menjadi murid beliau di sekitar daerah hulu perak. Namun...masa dan peredaran zaman terus berlalu dan tanpa di sangka sangka di akhir akhir ini penerimaan masyarakat terhadap Seni bela diri kurang mendapat sambutan khususnya di kalangan golongan muda dan belia.Akhirnya banyak gelanggang silat telah tutup dan tidak lagi aktif seperti dahulu. Mungkin kerana arus pemodenan zaman teknologi digital dan moden ini memberi tempias kepada arah pemikiran budaya masyarakat yang rata rata beranggapan silat sudah ketinggalan zaman dan di anggap kuno
.

TRASFORMASI MEMBUDAYAKAN SENI


Melihat kepada senario yang melanda di jiwa masyarakat yang sudah kurang berminat dalam mempelajari ilmu persilatan tradisional ini, maka satu makanisme telah di ambil bagi membudayakan kembali masyarakat kepada seni. Selaras dengan kehendak dan hasrat kerajaan yang berusaha ingin memartabatkan kembali budaya bangsa, maka pada tanggal 16 September 2007, satu majlis perundingan tkoh tokoh seni bela diri telah diadakan di dewan orang ramai kpg Tanjung Rambai. Saya sebagai salah seorang anak murid tuan Pakjang Ali telah mengemukankan hasrat ingin membantu menghidupkan kembali seni silat khususnya di daerah hulu perak. Pendekatan ini di ambil setelah saya melihat mutakhir ini telah berlakunya satu keretakan paradigma belia yang leka dan hanyut di bawa arus kemajuan tanpa mimikirkan kesan buruk yang bakal di alami di saat dan ketika di hari mendatang. Saya selaku Pengerusi Persatuan Belia Kpg Tanjung Rambai yang secara langsung terlibat dalam barisan barisan kepimpinan yang telah di beri mandat untuk mengkaji,mencari formula dan menentukan wacana masa depan anak bangsa merasakan inilah satu satu platform yang amat sesuai bagi membimbing belia memperkukuh jati diri dengan memberi suntikan semangat gagah perkasa bagi mempertahankan maruah diri, keluarga, agama,bangsa dan negara.


PERTEMBUNGAN BUDAYA DI PENTAS PENIMBANGAN


Pada tanggal 16 September 2007(ahad jam 3.00 ptg), saju majlis perundingan telah dijalankan yang mana semua bekas bekas guru,jurululatih dan murid yang pernah belajar denganpakjang ali dan perguruan perguruan lain yang aktif dan tidak aktif telah di panggil untuk bersama mencari satu makanisme bagi memartabatkan seni beli diri di daerah hulu perak. Dalam majlis tersebut, beberapa ketetapan telah dipersetujui dan menjadi satu asas ke arah perubahan corak seni mengikut acuan dan kehendak zaman.Antaranya ialah;

1. Semua gelanggang yang aktif mestilah bersetuju menjadi cawangan di bawah satu pertubuhan yang berdaftar dan sah di sisi undang undang.

2. Manakala gelanggang yang tidak lagi aktif akan di beri keutamaan dan bantuan supaya dihidupkan kembali.

3. perguruan lain yang ingin bernaung mestilah bersetuju untuk sama sama begabung di bawah satu pertubuhan.

4. Memandangkan semua ahli dan murid merupakan penduduk di daerah hulu perak, maka perdaftaran baru di bawah kerajaan negeri perak mesti dilakukan.(hal ini berlaku apabila sebarang persembahan sebelum ini menggunakan nama dan alamat negeri kedah.agak sukar persatuan untuk memohon peruntukan pemimpin setempat dan kerajaan negeri dalam usaha memajukan seni).

5. Majlis diteruskan dengan mesyuarat agung penubuhan dan perlantikan AJK diadakan pada hari tersebut.

6. Persetujuan untuk bergabung dengan PESAKA

7. Persetujuan untuk bernaung dengan PERSILAT

PEMILIHAN AJK

Yang Dipertua : Ali bin Noh
Naib YDP : Adimira bin Ali

Setiausaha Agung : Omar Fazilah bin Mohamad

Bendahari Kehormat : Akmawati bt Jahrin

AJK

Mohd Shahrul Anuar bin Shafie
Abd Aziz bin Ramli
Indon bt Ali
Rabiatul Adawiah bt Ali
Mohd Adam
Abd Malik Alang
Saari
Zia nur Mohd bin Samsudin
Abd Fadil bin Salleh