SENI BELA DIRI
Selasa, 11 Ogos 2009
Sabtu, 4 Julai 2009
PROGRAM JELAJAH SEDI BELA DIRI HULU PERAK DAN NEGERI KEDAH
1. Pejabat Belia & Sukan Daerah Hulu Perak
2. Majlis Belia Daerah Gerik
3. Komuniti Bestari Mukim Gerik
4. Sekrateriat Rakan Muda Daerah Gerik
5. Pejabat Penerangan Daerah Hulu Perak
6. Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Perak
7. Majlis Daerah Gerik
8. JKR Daerah Hulu Perak
9. pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Kenering
10.Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Lenggong
11.Agensi Anti Dadah Daerah Hulu Perak(AADK)
Program ini adalah dalam peringkat perancangan dan insyaallah ianya akan tetap dilaksanakan mengikut perancangan.
Objektif dan matlamat Program
1. Mengerat tali persaudaraan sesama ahli persatuan.
2. Menggalakkan golongan belia menceburi aktiviti seni bela diri.
3. Melahirkan generasi belia yang mempunyai semangat jati diri.
4. memupuk semangat kecintaan kepada negara dengan pertemuan antara dua buah negeri
ini.
5. Membentuk masyarakat yang peka dan prihatin terhadap perjuangan bangsa.
6. Membuka minda dan idea dengan pertembungan dua hala.
7. Melatih golongan belia semangat kerjasama dengan melibatkan beberapi agensi
kerajaan dan pemimpin setempat
Semoga segala hasrat dan cita cita murni kami sebagai anak bangsa yang ingin turut bersama membantu pihak kerajaan merialisasikan hasrat dan cita cita bagi memastikan keamanan, perpaduan, kenikmatan dan kesejahteraan negara bakal di laksanakan bekekalan hingga ke akhir nanti.
Sekian Terima Kasih.
Jumaat, 3 Julai 2009
Aktiviti 2007
AKTIVITI DAN PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG, KUNTAU JAWA DAN TOMOI DAERAH HULU PERAK 2007
Ogos
| Bil | Tarikh | Program | Peringkat | Catatan |
| 1 | 12/08/07 | Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Parlimen Gerik | Parlimen Gerik | Dirasmikan oleh YAB Dato Seri Idris bin |
| 2 | 19/08/07 | Majlis Perkahwinan Kpg Tg Rambai | Kpg Tg Rambai | Jemputan |
| 3 | 26/08/07 | Majlis Sambutan Konvoi Merdeka | Kebangsaan | Dirasmikan oleh YAB Dato Seri Zahid bin Zainuddin |
| 4 | 31/08/07 | Majlis Perasmian penamat silat Tadika kpg Kenayat | Sekolah | Dirasmikan oleh YDP Persatuan |
September
| Bil | Tarikh | Program | Peringkat | Catatan |
| 1 | 23/09/08 | Majlis persembahan tari pengantin | Kpg Batu Hampar | Jemputan |
| 2 | 24/09/08 | Majlis Ayun Bui | Kpg Bongor | Jemputan |
| 3 | 25/09/08 | Majlis Ayun Bui | Kpg Plang | Jemputan |
| 4 | 30/09/08 | Gotong Royong Bersih Kubur Tawai | Kpg Tawai & Tg Rambai | Kerjasama |
Khamis, 2 Julai 2009
Majlis Penamat Peringkat Pertam Dan Kedua june 2009
KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH SAHAJA MAHA PENENTU SEGALANYA
Begitulah ungkapan yang diutarakan oleh yang dipertua Pakjang Ali selaku mahaguru Seni Silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak. Pada malam tersebut telah berlaku satu ketentuan ilahi apabila salah seorang penduduk kpg Tanjung Rambai yang bernama maknik Esah telah kembali kerahmatullah. Persembahan pada malam tersebut dihentikan serta merta oleh YDP Pakjang Ali bagi menghormati kesedihan keluarga Allahyarhamah. Fatihah di sedekahkan dan majlis pada malam tersebut diringkaskan kepada upacara mandi sintok dan limau yang di sempurnakan oleh Guru-gur pada malam tersebut.(Rujukan- Berita Sinar Perak P 18 Skuad Cakna) 03 julai 2009)
PENDAFTARAN BARU
LOGO BARU
Dalam ketetapan mesyuarat Agung penubuhan, persatuan telah bersetuju menukar logo persatuan yang baru.

Sejarah penubuhan dan perkembangan Persatuan
Persatuan ini telah diasaskan pada tahun 1958 dan telah didaftarkan di bawah pendaftar pertubuhan(ROS) pada tahun 1968. Setelah kembalinya allahyarham YM mahaguru pada 11 Januari 2001, persatuan ini telah di ambil alih oleh anak beliau yang bernama Yusof bin Mohd.Hussien. Pertubuhan ini masih lagi aktif hingga ke hari ini dan telah banyak kali mengharumkan nama negeri kedah dalam pelbagai pertandingan yang disertai mereka.
PERKEMBANGAN DI HULU PERAK
Pada tahun 1974, salah seorang murid tua allahyarham Hussien Janggut yang bernama Ali bin Noh telah berhijrah ke Kpg Tg Sejarah, Tanjung Rambai Gerik Perak. Penghijrahan beliau adalah atas tuntutan kehidupan pada masa itu. Setelah beliau bermastautin tetap di Kpg Tanjung Rambai, beliau mula membuka gelanggang pertama di Kpg itu. Seterusnya beliau telah membuka lagi gelanggang di kampung yang berhampiran seperti Tawai, Kenayat, Tg Kasau,Pdg Kunyit, Bukit Merican, Pulau Belayar, Kpg Padang,Kpg Pahat, Kpg Pahit dan Kpg Jaguh. Di samping itu juga acap kali bersama murid murid mengadakan beberapa persembahan dan pertunjukan di majlis majlis dan keraian.
Sehingga kini hampir sepuluh ribu orang anak murid yang telah tamat menjadi murid beliau di sekitar daerah hulu perak. Namun...masa dan peredaran zaman terus berlalu dan tanpa di sangka sangka di akhir akhir ini penerimaan masyarakat terhadap Seni bela diri kurang mendapat sambutan khususnya di kalangan golongan muda dan belia.Akhirnya banyak gelanggang silat telah tutup dan tidak lagi aktif seperti dahulu. Mungkin kerana arus pemodenan zaman teknologi digital dan moden ini memberi tempias kepada arah pemikiran budaya masyarakat yang rata rata beranggapan silat sudah ketinggalan zaman dan di anggap kuno.
TRASFORMASI MEMBUDAYAKAN SENI
Melihat kepada senario yang melanda di jiwa masyarakat yang sudah kurang berminat dalam mempelajari ilmu persilatan tradisional ini, maka satu makanisme telah di ambil bagi membudayakan kembali masyarakat kepada seni. Selaras dengan kehendak dan hasrat kerajaan yang berusaha ingin memartabatkan kembali budaya bangsa, maka pada tanggal 16 September 2007, satu majlis perundingan tkoh tokoh seni bela diri telah diadakan di dewan orang ramai kpg Tanjung Rambai. Saya sebagai salah seorang anak murid tuan Pakjang Ali telah mengemukankan hasrat ingin membantu menghidupkan kembali seni silat khususnya di daerah hulu perak. Pendekatan ini di ambil setelah saya melihat mutakhir ini telah berlakunya satu keretakan paradigma belia yang leka dan hanyut di bawa arus kemajuan tanpa mimikirkan kesan buruk yang bakal di alami di saat dan ketika di hari mendatang. Saya selaku Pengerusi Persatuan Belia Kpg Tanjung Rambai yang secara langsung terlibat dalam barisan barisan kepimpinan yang telah di beri mandat untuk mengkaji,mencari formula dan menentukan wacana masa depan anak bangsa merasakan inilah satu satu platform yang amat sesuai bagi membimbing belia memperkukuh jati diri dengan memberi suntikan semangat gagah perkasa bagi mempertahankan maruah diri, keluarga, agama,bangsa dan negara.
PERTEMBUNGAN BUDAYA DI PENTAS PENIMBANGAN
Pada tanggal 16 September 2007(ahad jam 3.00 ptg), saju majlis perundingan telah dijalankan yang mana semua bekas bekas guru,jurululatih dan murid yang pernah belajar denganpakjang ali dan perguruan perguruan lain yang aktif dan tidak aktif telah di panggil untuk bersama mencari satu makanisme bagi memartabatkan seni beli diri di daerah hulu perak. Dalam majlis tersebut, beberapa ketetapan telah dipersetujui dan menjadi satu asas ke arah perubahan corak seni mengikut acuan dan kehendak zaman.Antaranya ialah;
1. Semua gelanggang yang aktif mestilah bersetuju menjadi cawangan di bawah satu pertubuhan yang berdaftar dan sah di sisi undang undang.
2. Manakala gelanggang yang tidak lagi aktif akan di beri keutamaan dan bantuan supaya dihidupkan kembali.
3. perguruan lain yang ingin bernaung mestilah bersetuju untuk sama sama begabung di bawah satu pertubuhan.
4. Memandangkan semua ahli dan murid merupakan penduduk di daerah hulu perak, maka perdaftaran baru di bawah kerajaan negeri perak mesti dilakukan.(hal ini berlaku apabila sebarang persembahan sebelum ini menggunakan nama dan alamat negeri kedah.agak sukar persatuan untuk memohon peruntukan pemimpin setempat dan kerajaan negeri dalam usaha memajukan seni).
5. Majlis diteruskan dengan mesyuarat agung penubuhan dan perlantikan AJK diadakan pada hari tersebut.
6. Persetujuan untuk bergabung dengan PESAKA
7. Persetujuan untuk bernaung dengan PERSILAT
PEMILIHAN AJK
Yang Dipertua : Ali bin Noh
Naib YDP : Adimira bin Ali
Setiausaha Agung : Omar Fazilah bin Mohamad
Bendahari Kehormat : Akmawati bt Jahrin
AJK
Mohd Shahrul Anuar bin Shafie
Abd Aziz bin Ramli
Indon bt Ali
Rabiatul Adawiah bt Ali
Mohd Adam
Abd Malik Alang
Saari
Zia nur Mohd bin Samsudin
Abd Fadil bin Salleh