Selasa, 30 Jun 2009

PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG, KUNTAU JAWA DAN TOMOI DAERAH HULU PERAK (0593-08-PRK)

Selamat berkunjung ke blog Seni Silat Gayung, Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak.

2 ulasan:

  1. Persatuan Seni silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi Daerah Hulu Perak, adalah berasal dari Pertubuhan Silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi Negeri Kedah. ianya telah diasaskan oleh Ym Mahaguru Mohd Hussien bin Mohd Salleh Bkm, Pjk yang berasal dari batu 15, simpang tiga, sungai Limau, Yan Kedah.Pertubuhan ini telah didaftarkan di bawah ros pada tahun 1968.manakala pada tahun 1974, salah seorang anak murid tua yang bernama Ali bin Noh telah behijrah ke Gerik Perak atas tuntutan kehidupan.Bermula detik dan ketika itulah berkembangnya aliran seni Silat Gayung Kuntau Jawa Dan Tomoi di daerah Hulu Perak.Sepangjang penglibatan Guru Tua Ali bin Noh atau lebih dikenali sebagai pakjang Ali,telah banyak gelanggang yang telah bi buka seperti di kpg Tg Rambai, Kpg Tawai, Kpg Kenayat, Kpg Padang Jeri, Kpg Pulau Belayar, Kpg Jaguh, Bukit Merikan,Kpg Pahat, Kpg Pahit dan padang Kunyit. Setelah Hampir 30 tahun itu juga terdapat lebih 10 ribu murid yang telah tamat mempelajari seni ini melalui pakjang Ali. Namun..Persatuan Seni bela diri ini telah mengalami zaman kemerosotan apabila di akhir akhir ini generasi muda dan belia tidak lagi meminati dan mempelajari ilmu seni bela diri.Satu makanisma telah di buat apabila pada tahun 2007, satu idea pemikiran baru telah diutarakan oleh salah seorang bekas anak murid Pakjang Ali iaitu Fadil(saya sendiri)iaitu dengan membuat satu sistem bersepadu dan merancang agenda dan mengatur strategi yang baru mengikut hala tuju dan gaya pemikiran generasi muda masa kini.Lantaran itu, pada jun 2007, satu majlis perundingan telah di atur bagi mendapat pandangan dan persetujuan bekas bekas murid tua pakjang Ali di sekitar Hulu Perak.dalam majlis perundingan tersebut, saya telah memberi pandangan supaya Pertubuhan ini di daftar di negeri perak dengan sijil pendaftaran negeri perak.Manakala Logo di ubah suai mengikut wacana negeri perak.Tujuan pendekatan ini di buat kerana ramai anak murid Pakjang Ali yang semuanya berasal dari hulu perak berasa kekok apabila membuat persembahan umum dengan nama persatuan negeri kedah.tambahan pula agak sukar untuk persatuan memohon peruntukan kepada kerajaan negeri perak berikutan nama dan alamat persatuan negeri kedah.Satu ketetapan telah di capai dengan mencadangkan pertubuhan ini didaftarkan di negeri perak.Oleh kerana dalam sistem pendaftaran tidak dibenarkan menggunakan dua nama yang sama, maka nama persatuan telah di tambah daripada persatuan silat gayung, Kuntau Jawa dan Tomi kepada persatuan Seni Silat Gayung, kuntau Jawa dan Tomoi.satu rombongan yang di ketui oleh pakjang Ali telah pergi ke negeri kedah bagi mohon perkenan Mahaguru Yusof bin Mohd Hussien(Anak Allahyarham Mahaguru pengasas)dan beliau telah persetuju dengan hati yang ikhlas.Namun hubungan kedua pertubuhan tetap rapat seperti adik dan abang.

    BalasPadam
  2. Perkembangan di Hulu Perak

    Bertitik tolak dari majlis perundingan yang telah di buat ada disember 2007 bertempat di dewan orang ramai kampung Tanjung Rambai, satu makanisme dan ketetapan telah dipersetujui. Antaranya ialah;

    1. Semua gelanggang yang telah aktif akan diselaraskan di bawah satu sistem yang diketuai oleh saudara Shahrul Anuar bin Shafie.

    2. Semua gelanggang yang aktif perlu berdaftar di bawah satu pertubuhan iaitu Persatuan Seni Silat Gayung, Kuntau Jawa dAn Tomoi Hulu Perak.

    BalasPadam